Friday, January 22, 2010

artikel saya

http://www.scribd.com/doc/4762752/PERANAN-ICT-DALAM-PENDIDIKAN

Mengikut jurnal peranan ict dalam pendidikan ini konsep pembelajaran berasaskan ICT semakin popular dan penting untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian seseorang pelajar di dalam pelajarannya.Kajian menunjukkan stail pembelajaran pelajar banyak mempengaruhi hasil pembelajaran.Penggunaan komputer dalam P&P yang melibatkan aplikasi seperti internet dapat membantu pengurusan & pembelajaran didalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan pendidik,pelajar,ibu-bapa dan masyarakat.

4 comments:

  1. saya sangat bersetuju dengan artikel di atas yang menyatakan bahawa penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan tahap pencapaian pelajar dan juga dapat mempermudahkan proses P&P guru. dengan menggunakan ICt dalam proses P&P, proses pembelajaran akan menjadi lebih nyata dimana para pelajar dapat memahami sesuatu tajuk dengan mudah. contohnya seperti mata pelajaran sains dimana pelajar perlu perlu mengetahui perjalanan darah di dalam badan. dengan menggunakan komputer, perjalan darah dalam badan ataupun sistem peredaran darah ini dapat dilihat dengan lebih jelas berbanding sebelum ini yang hanya menggunakan model sahaja ( melalui imaginasi pelajar ). begitu juga dengan subjek yang lain dimana dengan menggunakan komputer ataupun ICT, guru dapat memberi gambaran sebenar tentang sesuatu perkara. dalam matapelajaran Al-Quran contohnya, dengan menggunakan komputer, cara sebutan huruf dapat ditunjukan aitu dimana kedudukan huruf di dalam mulut. akhirnya, pelajar dapat melihat bagaimana sesuatu huruf itu disebut ataupun dikeluarkan daripada mulut.

    ReplyDelete
  2. berdasarkan artikel yang dipaparkan, saya sangat bersetuju kerana penggunaan komputer merupakan satu keperluan pada masa kini. komputer bertindak sebagai pemudah cara. banyak kerja yang sukar dapat diselesaikan dengan komputer. kini dalam bidang pendidikan penggunaan komputer merupakan satu keperluan. pelajar dapat mempelajari sesuatu subjek dengan lebih mudah. sebagai contoh dalam subjek prinsip perakaunan. bermula tahun 2010, prinsip perakaunan mewajibkan pelajarnya melakukan kerja kursus di mana pelajar akan membuat dokumen-dokumen dan laporan penyata kewangan dengan menggunakan komputer. guru akan menunjuk cara bagaimana cara membuatnya di dalam makmal komputer. dengan cara ini pelajar akan lebih memahami prinsip dan konsep perakaunan dengan mudah.bagi saya tugasan tersebut sangat bagus untuk meningkatkan kefahaman pelajar di samping memudahkan proses pengajaran & pembelajaran.

    ReplyDelete
  3. saya sentiasa terfikir idea untuk menggunakan ICT dalam kelas ini, antaranya tayangan animasi berkenaan subjek (Sains), simulasi yang boleh dipaparkan berkenaan topik tertentu dan penggunaan Internet sebagai sumber transformasi ilmu kepada pelajar2. Memang tidak dinafikan kaedah ini bukan sahaja memudahkan proses pnp akan tetapi meningkatkn lgi minat pelajar untuk meneroka ilmu dan maklumat atas inisiatif dan idea mereka sendiri.

    ReplyDelete
  4. penggunaan ict dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan minat pelajar untuk belajar.Dengan penggunaan ict banyak ilmu yang dapat dicari.

    ReplyDelete